Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nekad Tak Mahu Pindah, Pemaju Akur Bina Highway Sebelah Rumah Lama

Seorang pemilik rumah flat di China bertekad untuk tidak berpindah dari rumahnya biarpun pemaju mahu membina jambatan lebuhraya.

nekad tak mahu pindah, pemaju akur bina highway sebelah rumah lama

Akibatnya, pemaju terpaksa membina jambatan lebuhraya di sekitar rumah tersebut. Benda ni bukanlah perkara asing di China. Malah, rumah-rumah begini di anggap sebagai rumah kuku atau dingzihu yang bermaksud pemilik rumah menolak pembayaran untuk menyerahkan tanah mereka untuk dirobohkan.

Advertisement

nekad tak mahu pindah, pemaju akur bina highway sebelah rumah lama

Sebuah rakaman oleh media tempatan memaparkan sebuah rumah kecil berada di antara dua lorong Jambatan Haizhuyong. Jambatan tersebut baru sahaja dibuka kepada orang ramai di Guangzhou.

Berdasarkan laporan stesen Guangdong TV, bangunan persendirian yang terdiri daripada sebuah rumah flat berkeluasan 40 meter persegi itu terletak di tengah-tengah empat lorong lalu lintas.

nekad tak mahu pindah, pemaju akur bina highway sebelah rumah lama

Pemiliknya bertekad untuk tidak berpindah dan menyatakan akan bertanggungjawab untuksegala perkara yang terjadi. Pemilik itu juga langsung tidak menghiraukan apa yang difikirkan oleh orang lain.

Sumber: METRO

ERA Muzik Hit Terkini