Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja membuat ucapan mengumumkan bantuan sara hidup kepada semua rakyat ekoran daripada krisis wabak COVID-19 yang kini sedang melanda dunia.

Terdapat beberapa intipati yang disentuh oleh Perdana Menteri dalam pengumuman tersebut, sehinggakan TSMY kini menjadi trending dilaman Twitter.
Advertisement

Selain daripada pengumuman pelbagai bentuk bantuan, antara yang paling mencuri tumpuan adalah contoh yang diberikan oleh Perdana Menteri menggunakan cerita tentang Makcik Kiah.
"Ini satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang kira." - Perdana Menteri, Tan Sri @MuhyiddinYassin
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) March 27, 2020
Cerita tentang Mak Cik Kiah...#HapusCOVID19 #PrihatinRakyat pic.twitter.com/hZU6DTKlOL
Selain cerita mengenai Makcik Kiah, antara teks ucapan yang mencuri perhatian ramai adalah kata-kata penutup yang disampaikan oleh beliau sebelum menamatkan ucapan.

Rata-rata rakyat khasnya warganet memuji Perdana Menteri dan barisan kabinetnya dalam menguruskan ekonomi negara meskipun dunia kini sedang dilanda krisis akibat wabak COVID-19.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Awani