Skip to main content

Advertisement

Hiburan

[VIDEO] ERA Umum Pelapis Baharu Untuk Gegarkan Industri Radio, Der Tepati Ramalan Netizen!

[video] era umum pelapis baharu untuk gegarkan industri radio, der tepati ramalan netizen!

Suasana malam di The Agam, Penchala berubah menjadi pentas penuh adrenalin apabila ERA mengumumkan finalis dan juara bagi Pencarian Penyampai Baru ERA 2025. Inisiatif yang sudah mencuri perhatian ramai sejak minggu pertama ini akhirnya melabuhkan tirai dengan penuh emosi, sorakan dan detik-detik yang bakal diingati dalam sejarah industri radio tanah air.

Advertisement

 

@era.je Tahniah @assyifarhana_ Der, juara Penyampai Baru ERA dan naib juara jatuh kepada @ashhhrapp_ ! #sharERA #ERARadioNo1PalingLegit ♬ original sound - ERA

 

Disiarkan secara langsung melalui TikTok rasmi ERA bermula jam 8.30 malam, ratusan ribu penonton menyaksikan sendiri perjalanan terakhir para peserta yang selama hampir dua minggu diuji, diasah dan ditempa menjadi penyampai radio yang berkualiti. Siaran langsung tersebut turut mendapat 5.7 juta ‘likes’!

Menurut Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin, projek pencarian kali ini bukan sekadar pertandingan biasa, tetapi sebuah pelaburan besar dalam masa depan industri penyiaran radio.

[video] era umum pelapis baharu untuk gegarkan industri radio, der tepati ramalan netizen!

“Kami bukan sahaja mencari bakat baharu, tetapi membentuk generasi penyampai radio yang membawa idea segar dan dekat dengan jiwa pendengar masa kini.”

Sepanjang program, peserta perlu mengharungi pelbagai cabaran realistik dunia konti seperti menyedia dan menyampaikan topik secara spontan, menemuramah artis tempatan, hingga menghasilkan video kreatif untuk platform media sosial ERA.

Ujian-ujian ini direka tepat seperti apa yang dilalui penyampai radio sebenar di mana mereke perlu sentiasa cepat, spontan, peka dengan trend semasa dan berani berkongsi personaliti secara tulen.

Walaupun hanya satu nama diangkat sebagai juara, ERA memilih untuk memberikan peluang lebih besar kepada lima peserta terbaik, suatu langkah yang membuktikan komitmen stesen radio nombor satu negara itu dalam mengekalkan kesinambungan bakat muda.

[video] era umum pelapis baharu untuk gegarkan industri radio, der tepati ramalan netizen!

“Kami mahu mereka menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana untuk tidak takut mengejar impian,” kata Azah.

Senarai Rasmi Pemenang Pencarian Penyampai Baharu ERA 2025

Juara – (Der) Nur Assyifa Farhana Pawzi, 24

Hadiah: RM3,000 + Trofi

Naib Juara – (Ashrapp) Ahmad Asyraf Kamaruzzaman, 28

Hadiah: RM2,000

Tempat Ketiga – (Aqil Aqasha) Muhammad Aqil Shahrizl Aqasha Aleyasak, 20

Hadiah: RM1,000

Saguhati – (Zeera Azizi) Nurazeera Azizi, 29 dan (Naja) Naja Nabihah Zulkeflee, 25

Hadiah: RM500

Saguhati – (Edelyn) Edelyn Natasha Bin Nor Eziel Azram, 21 dan  (Harezk Yol) Muhammad Hariz Daniel Bin Mohd Sharel Azlee, 23

Hadiah: RM300

Penganjuran ini membuktikan ERA terus menjadi pusat lahirnya penyampai radio hebat dan bukan sekadar suara sedap, tetapi personaliti yang mampu menceriakan jutaan pendengar.

Dengan penyertaan Top 5 ke dalam keluarga ERA, industri radio dijangka menerima suntikan tenaga baharu dan lebih segar, memastikan ERA kekal relevan dalam era digital yang semakin pantas berubah.

Kalau nak rasa vibe final yang penuh drama, boleh tonton semula siaran langsung di TikTok ERA.je!

ERA Muzik Hit Terkini