Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Foto Bersama Lelaki Misteri Cetus Tanda Tanya, Mawar Rashid Beri Bayangan Aidilfitri Kali Ini Tidak Lagi Bersendirian?

Foto: Instagram

Pelakon, Mawar Rashid menjadi perhatian ramai apabila perkongsian terbaharunya di media sosial seolah memberi petunjuk bahawa sambutan Aidilfitri tahun ini mungkin lebih bermakna buat dirinya.

Advertisement

Menerusi satu hantaran di Instagram (IG), Mawar berkongsi sekeping gambar memperlihatkan dirinya bersama seorang lelaki yang tampil mengenakan busana raya sedondon dengannya.

Dalam kapsyen ringkas yang ditulis, pelakon itu memberi bayangan bahawa lebaran kali ini terasa sedikit berbeza buat dirinya.

 

 

 

“Saya rasa raya saya tahun ini sedikit istimewa kerana berpasangan sedondon,” tulisnya.

Bagaimanapun, identiti lelaki berkenaan masih menjadi tanda tanya apabila Mawar memilih untuk menutup wajah individu tersebut menggunakan emoji beruang.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikutnya mula berspekulasi serta cuba meneka siapakah jejaka misteri yang muncul bersama pelakon itu.

Untuk rekod, Mawar sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh serta usahawan, Raf Yaakob pada tahun 2017. Namun, perkahwinan mereka berakhir selepas kedua-duanya sah bercerai pada November 2023.

Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 6, Raden Seri Rosabella Cinta, 4, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Instagram @mawarashid

ERA Muzik Hit Terkini