Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt, Shiloh Ceburi K-pop? Kini Muncul dalam Muzik Video Artis Korea

Foto: YouTube

Anak kepada Angelina Jolie dan Brad Pitt, Shiloh Nouvel Jolie kembali mencuri perhatian apabila mula aktif dalam dunia hiburan, kali ini melalui industri K-pop.

Advertisement

Pada usia 19 tahun, Shiloh dilihat mengambil langkah berbeza apabila tidak meneruskan kerjaya di Hollywood, sebaliknya tampil dalam sebuah muzik video artis Korea Selatan.

Penampilannya dapat dilihat menerusi teaser lagu berjudul What’s a Girl to Do yang dijangka dilancarkan pada 7 April, sekali gus mencetuskan perbualan dalam kalangan peminat.

Laporan menyebut, penglibatan Shiloh dalam projek tersebut berlaku secara sendiri tanpa bantuan atau pengaruh ibu bapanya.

Menurut pihak Starship Entertainment, mereka juga tidak mengetahui latar belakang Shiloh ketika proses pemilihan dijalankan.

“Shiloh terpilih selepas datang ke uji bakat yang dijalankan di Amerika Syarikat. Sewaktu menjalani penggambaran kami juga tidak tahu atau sedar Shiloh adalah anak Jolie.

“Kami hanya menyedari Shiloh anak Jolie dan Pitt setelah semuanya selesai,” menurut kenyataan agensi itu.

Penampilan tersebut turut mengundang perhatian apabila ramai menyatakan wajah Shiloh seakan-akan ibunya ketika muda.

Dalam masa sama, minatnya terhadap bidang tarian turut dilihat sebagai antara faktor yang mendorong penglibatannya dalam muzik video berkenaan.

Sebelum ini, Shiloh pernah menyumbang suara dalam filem animasi Kung Fu Panda 3, menunjukkan penglibatannya dalam dunia seni sejak usia kecil.

Sumber: The Korea Times

ERA Muzik Hit Terkini