Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pelajar Cari Kerja Sambilan Bagi Tampung Perbelanjaan di Universiti, Sekali Intan Najuwa Bagi Offer - “Meh Kerja Dekat Cafe Saya..”

Foto: Threads

Seorang pelajar wanita menarik perhatian ramai selepas berkongsi luahan di platform Threads mengenai kesukarannya mencari pekerjaan sambilan bagi menampung kos kehidupan dan pengajian.

Advertisement

Menerusi ciapan tersebut, dia secara terbuka merayu peluang kerja kerana mahu berdikari tanpa terus bergantung kepada keluarga, memandangkan dirinya masih menuntut di universiti.

“Pleaseeee hire meeee im desperate nak cari part time sambil belajar sebab nak cari duit bayar yuran studyyyyyy and untuk survive diri sendiri tanpa mengharapkan duit parents please pleaseee @zus.coffee..”

Dia turut menjelaskan situasi kewangannya semakin mencabar apabila tidak layak memohon bantuan biasiswa untuk semester tersebut.

“Alsooo untuk sem ni i tak layak untuk apply mara so agak beban for me nak survive till next sem while tunggu mara bukak balik... my dad dah takde so my mom je yg sara i tapi i feel bad for her if i keep asking for money untuk bayar yuran, rumah sewa etc sbb the amount bukan sikit... so i memang betul betul nak cari part time to support my financial sikit huhu......”

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk cadangan daripada seorang pengguna yang menyarankan kerja sambilan di hotel kerana pembayaran yang lebih cepat.

“Kalau nak dapat duit cepat lepas habis kerja biasa, awak kerja partime dekat hotel dik. Zaman saya study dulu partime hotel time weekend je. Duit dapat lepas habis kerja atau ambil payment hari tertentu.”

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian apabila pelakon terkenal, Intan Najuwa tampil menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar berkenaan.

“Meh kerja kat my cafe!” tulisnya ringkas.

Difahamkan, Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid kini sedang dalam persiapan akhir untuk membuka kafe miliknya yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, pelakon berusia 29 tahun yang juga ibu kepada Imane Lunara itu memaklumkan menerima banyak mesej daripada individu yang berminat untuk bekerja di kafenya.

“Ramai nya dm I nak kerja kat my cafe 🥹 But please I perlukan orang yang nak kerja betul-betul, hardworking & very efficient. Tak nak yang main-main & ada masalah discipline 🥹”

Perkembangan itu bukan sahaja mengundang pujian orang ramai terhadap keprihatinan pelakon tersebut, malah turut memberi harapan kepada golongan pelajar yang sedang bergelut mencari sumber pendapatan sampingan.

Sumber: Threads

ERA Muzik Hit Terkini