Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Permohonan Fattah Ditolak Mahkamah, Fazura Tidak Langgar Perintah Lawatan

Foto: Instagram

Isu melibatkan pelakon, Fattah Amin dan bekas isterinya, Nur Fazura hangat diperkatakan di Threads selepas tersebar maklumat berkaitan kes mahkamah antara mereka.

Advertisement

Kontroversi ini tercetus apabila seorang pengguna menggunakan nama samaran Musang Berjanggut berkongsi jadual prosiding Mahkamah Tinggi Syariah Selangor bertarikh 31 Mac yang memaparkan nama kedua-dua selebriti tersebut.

Menerusi senarai itu, Abdul Fattah Mohd Amin dinamakan sebagai pihak pemohon, manakala Nur Fazura Sharifuddin sebagai pihak satu lagi yang dituntut.

Peguam kepada Fazura, Fakhrul Azmam Abu Hassan memaklumkan bahawa Fattah sebelum ini telah mengemukakan permohonan secara ex parte untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital terhadap bekas isterinya.

Jelasnya, sekiranya permohonan tersebut diluluskan dan kesalahan dibuktikan, tindakan itu boleh membawa kepada hukuman penjara kerana didakwa melanggar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan.

“Permohonan itu difailkan pada awal Februari. Namun, pada 31 Mac 2026, mahkamah telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan permohonan tersebut.

“Ini bermaksud mahkamah tidak melihat wujudnya keperluan untuk tindakan lanjut, kemungkinan kerana pelaksanaan hak lawatan berjalan seperti ditetapkan,” katanya.

Menurutnya lagi, hanya Fattah hadir ketika sebutan kes kerana ia merupakan prosiding sebelah pihak.

“Untuk meneruskan tindakan sebegini, kebenaran mahkamah perlu diperoleh terlebih dahulu, namun permohonan di peringkat awal itu tidak berjaya,” ujarnya.

Tambah beliau, perkara melibatkan hak lawatan sebenarnya boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu melalui proses mahkamah, termasuk melalui rundingan antara kedua-dua pihak.

“Ada keadaan tertentu anak mereka tidak dapat bersama bapanya, mungkin kerana penat atau komitmen seperti kelas agama. Bagaimanapun, tahun ini anak mereka masih dapat beraya bersama Fattah,” katanya.

Sekadar info, Fattah dan Fazura bercerai pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun berkahwin.

Hak penjagaan anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya diberikan sepenuhnya kepada Fazura, manakala Fattah mempunyai hak untuk melawat serta bermalam dua kali sebulan, selain bertemu anaknya tiga kali seminggu.

Sumber: Gempak

ERA Muzik Hit Terkini