Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tuduhan Zina Tak Berasas, PU Rahmat Pertahan Zizi Kirana - “Begitu Bangsat Lidah Seorang Pembenci..."

Foto: Facebook

“Begitu bangsat lidah seorang pembenci..”

Demikian luahan pendakwah bebas, PU Rahmat yang tampil membela penyanyi, Zizi Kirana susulan dakwaan liar mengaitkan artis itu dengan hubungan tidak bermoral ketika terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, tahun lalu.

Advertisement

PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 33, mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya mengaitkan isu zina dengan usaha kemanusiaan yang bertujuan membantu rakyat Gaza.

“Kenapa lidah begitu bangsat mengaitkan dosa zina yang tiada asal usul.

“Dikaitkan pula perjuangan pembebasan Gaza.

“Wahai kau yang berada disebalik fake akaun. Mereputlah kau bersama Netanyahuu.” katanya menerusi Threads.

Dalam masa sama, beliau turut menegaskan bahawa perpisahan antara Zizi dan pelakon Yusuf Bahrin bukan penamat segalanya.

“Penceraian bukanlah titik akhir hubungan. Boleh jadi selepas ini hati bertaut kembali.

“Dan jika pun tidak dirujuk selepas penceraian, bukankah Yusuf dan Zizi masing-masing ada hak untuk mencari kebahagiaan yang lain,” tulisnya lagi.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial membuat spekulasi bahawa keretakan rumah tangga pasangan itu berpunca daripada hubungan terlarang yang berlaku ketika menyertai misi tersebut.

“Agaknya dah terlanjur masa ikut Sumud,” tulis individu berkenaan.

Semalam, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, dan Yusuf disahkan bercerai talak satu secara raji’e di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Sebelum ini, hubungan mereka menjadi tanda tanya apabila kedua-duanya berkongsi gambar sambutan Aidilfitri secara berasingan di media sosial.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Threads @rahmat.ikhsan.official

ERA Muzik Hit Terkini