Skip to main content

Advertisement

Budaya & Masyarakat

Penyampai Astro Audio Turun Padang Agih Bubur Lambuk Drive-Thru Di Bangi, Kehadiran Wany Hasrita Turut Curi Perhatian

Bulan Ramadan bukan sekadar waktu untuk berkongsi rezeki, malah menjadi peluang terbaik untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat.

Itulah yang dilakukan oleh Astro Audio menerusi program Kami Care Drive-Thru Bubur Lambuk yang berlangsung di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi.

Advertisement

Menariknya, program ini menyaksikan penyampai radio daripada 13 stesen Astro Audio meninggalkan konti buat seketika demi turun padang menyantuni pendengar mereka secara bersemuka.

Sebanyak 2,000 pek bubur lambuk berjaya diagihkan kepada penduduk sekitar Bangi yang hadir memeriahkan program tersebut.

Kehadiran penyanyi popular, Wany Hasrita sebagai tetamu khas turut menambah kemeriahan program apabila peminat tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan bergambar bersama penyanyi lagu Menahan Rindu itu.

Selain mengagihkan bubur lambuk, Wany juga sempat menyapa peminat serta menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut.

Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini Prabakaran, berkata pihaknya amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh pihak Masjid Al Hasanah yang sudi menjadi tuan rumah bagi menjayakan program tersebut.

Menurut beliau, tanpa sokongan pihak masjid dan sukarelawan yang terlibat, program berskala besar seperti ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan lancar.

Selain penyampai radio dan warga kerja Astro Audio, program ini turut dimeriahkan oleh YEOS selaku penaja utama, yang turut menyumbangkan minuman popular mereka kepada orang ramai. Minuman seperti Soya Bean dan Lemon Tea yang diagihkan kepada pengunjung menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Bagi Priya, program ini membawa makna yang lebih besar daripada sekadar pemberian makanan percuma. Sebaliknya, ia menjadi simbol kepada semangat kebersamaan, nilai ihsan dan tanggungjawab sosial yang ingin diterapkan dalam kalangan komuniti.

ERA Muzik Hit Terkini