
Foto: Threads
Penyanyi Aisha Retno menarik perhatian ramai apabila menzahirkan rasa sebak ketika membaca ayat al-Quran secara langsung dalam sebuah rancangan keagamaan.
Advertisement
Dalam sesi Tazkirah Malam Jumaat, Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, kelihatan terbawa emosi ketika mengalunkan Surah Al-Qadr dengan penuh penghayatan.
Menurut Aisha, sebak yang dirasai berpunca daripada kefahaman mendalam terhadap maksud surah itu, yang membuatkan hati tersentuh.
“Maaf jikalau saya sebak membawa surah Al-Qadr. Sebelum datang studio tadi ada baca tafsir sikit tentang surah ini, ia sangat bermakna dan sentimental.
“Terima kasih sudi jemput saya mengaji…” ujarnya.
Surah Al-Qadr merujuk kepada malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan, di mana al-Quran diturunkan dan para malaikat hadir membawa rahmat hingga terbit fajar.
Makna surah ini menekankan keistimewaan malam yang penuh keberkatan serta peluang memohon ampunan dan keberkatan daripada Allah.
Di ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa terharu mendengar bacaan Aisha, selain memuji cara alunan dan taranum yang merdu serta jelas. Persembahan itu dikatakan memberi kesan mendalam dan menginsafkan pendengar.
Sumber: Threads