Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nelydia Senrose Kini Berbadan Dua, Hadiah Istimewa Sempena Ulang Tahun Ke-7 Perkahwinan

Foto: Instagram

Pelakon, Nelydia Senrose mengumumkan berita menggembirakan apabila dirinya kini sedang berbadan dua, menantikan kehadiran cahaya mata pertama.

Advertisement

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia menerusi satu hantaran di Instagram pada Selasa.

Apa yang lebih mencuri perhatian, pengumuman tersebut dibuat bersempena ulang tahun ketujuh perkahwinannya bersama suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

“Seven beautiful years of loving each other have turned into a heartbeat. Happy 7th Anniversary to us,” tulisnya.

 

 

 

Perkongsian yang disertakan video bersama suaminya itu turut dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat yang teruja dengan berita tersebut.

Sebagai rekod, Nelydia dan Mohd Hafez Halimi mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019.
Sepanjang tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, Nelydia dan suami mendedahkan bahawa mereka tidak tertekan apabila diapit soalan berkaitan anak.

Nelydia berpendapat, soalan tersebut mungkin diajukan kepadanya atas sebab keprihatinan dan hanya sekadar ingin memastikan bahawa dirinya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Bahkan, pasangan suami isteri itu turut menerima baik soalan-soalan itu sekaligus meminta peminat dan orang ramai mendoakan agar dirinya dan suami dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti.

Sumber: Instagram @nelydiasenrose

ERA Muzik Hit Terkini