Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jisoo BLACKPINK Hadiahkan Beg Mewah Kepada Staf, Raih Pujian di Tengah Kontroversi Industri

Foto: Instagram

Ahli kumpulan BLACKPINK, Jisoo, menjadi perhatian selepas menghadiahkan barangan mewah kepada kakitangan agensinya, BLISOO, sekali gus mencuri tumpuan di tengah isu berkaitan budaya kerja dalam industri hiburan Korea.

Advertisement

Penyanyi itu yang menguruskan syarikatnya sendiri dilaporkan memberikan beg berjenama bernilai jutaan won kepada pekerja, yang kemudiannya dikongsi menerusi media sosial oleh staf terlibat.

Perkongsian tersebut memaparkan beberapa beg berjenama mewah, DIOR bersama kapsyen seperti “I love you, CEO,” “Jisoo is the best,” dan “Thank you, boss,” sekali gus menggambarkan suasana kerja yang positif dalam organisasi berkenaan.

Lebih menarik, Jisoo yang juga merupakan duta global DIOR dikatakan memilih sendiri hadiah tersebut sebelum menyerahkannya kepada pekerja.

Tindakan itu dilihat berbeza dengan situasi semasa dalam industri hiburan Korea yang kini berdepan pelbagai dakwaan berkaitan salah guna kuasa dan layanan tidak adil terhadap pekerja.

Dalam masa sama, Jisoo turut mengembangkan kerjayanya sebagai pelakon dimana baru-baru ini dilihat muncul dalam siri Netflix Boyfriend on Demand dan menerima maklum balas positif di peringkat antarabangsa.

Bahkan, majalah TIME turut memuji lakonan wanita berusia 31 tahun itu dan menyifatkan watak tersebut sebagai best-suited untuknya.

Selain itu, Jisoo turut dijadualkan menghadiri Canneseries Festival di Perancis pada 23 April, selepas diumumkan sebagai penerima anugerah Madame Figaro Rising Star Award, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia pentas lakon layar Korea Selatan.

Sumber: The Korean Times

ERA Muzik Hit Terkini