Artikel ini ditaja oleh Talentbank

Kredit: Sengchoy Int/Canva & Marcus Chung/Getty Images
Bukan 1 undian, tetapi lebih 740,000 undian daripada 100 universiti! 😱
Dah tentulah keputusan Graduates’ Choice Award 2026 (GCA 2026) adalah refleksi sebenar suara Gen Z sebab 100 peratus keputusannya ditentukan oleh suara pelajar, bukan pakar industri mahupun profesional.
Jadi Siapa Majikan Bertuah Yang Jadi Pilihan Gen Z?
Ada beberapa syarikat bertuah yang menjadi pilihan.

Kredit: Talentbank

Kredit: Talentbank

Kredit: Talentbank
Antara majikan yang menerima pengiktirafan termasuk syarikat daripada pelbagai sektor seperti:
• Perbankan & Kewangan
• Teknologi & Digital
• Minyak & Gas
• FMCG (Fast-Moving Consumer Goods)
• Perkhidmatan Profesional
Ada yang dah menang lima tahun berturut-turut tau! Yang pasti syarikat-syarikat ini dipilih berdasarkan persepsi positif pelajar terhadap budaya kerja, peluang kerjaya, serta reputasi dalam industri.

Kredit: Talentbank
Nak tahu lebih lanjut? Korang boleh check out je kat sini.
Apa Pula Hasil Keputusan GCA 2026?
Bukan setakat majikan pilihan graduan je, ada beberapa keputusan lain yang kita dapat daripada undian ni. Salah satunya adalah aspek kualiti majikan. Rata-rata Gen Z mencari majikan yang ada 5 aspek ini:
#1 Peluang perkembangan kerjaya
Diorang ni bukan sekadar cari pekerjaan tetapi laluan kerjaya yang jelas. Apa program latihan dan mentorship yang ditawarkan. Bagaimana pula dengan peluang kenaikan pangkat. Semua ni antara perkara penting yang dinilai.

Kredit: siriwannapatphotos/Canva
#2 Skop kerja dan tanggungjawab
Dah alang-alang mencari kerja, biarlah yang sesuai dengan jiwa dengan kebolehan. Betul tak? Sebab tu la Gen Z ni selektif. Diorang cari jawatan yang beri impak, dan selari dengan minat serta kemahiran.
#3 Keseimbangan kerja dan kehidupan
Orang kata work hard, play hard. Sebab itulah ramai yang cari kerja yang tawarkan keseimbangan antara kerjaya dan peribadi. Majikan yang tawarkan fleksibiliti seperti kerja hibrid dan waktu kerja anjal menjadi pilihan.
#4 Ganjaran serta faedah
Selain gaji, Gen Z cari pekerjaan yang tawarkan lebih banyak faedah, seperti insurans kesihatan, elaun tambahan, bonus dan faedah lain.

Kredit:dodotone/Canva
#5 Reputasi syarikat
Ha, ini pun antara faktor yang dinilai. Jenama dan reputasi majikan mainkan peranan besar tau. Syarikat yang mempunyai budaya kerja positif, reputasi kukuh dan nilai korporat yang jelas lebih mudah menarik bakat muda.
Takde la keterlaluan sangat kan pilihan Gen Z ni? Tak terlalu melebih-lebih tetapi ia lebih kepada kestabilan jangka panjang, pembangunan diri dan nilai yang diperolehi. Bukan faktor gaji semata-mata.
Undi Majikan Pilihan Korang Untuk 2027 Sekarang!
Korang nak majikan pilihan korang tercalon sebagai pemenang tahun depan? Talentbank kini membuka undian untuk edisi seterusnya untuk semua pelajar universiti. Apa tunggu lagi?
Undi sekarang di 👉 www.graduateschoiceaward.com/vote